MAHLIGAI KAMI

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul

SALAM MAULIDUR RASUL !!!

tahun lepas SN tak join perarakan ..
tahun ni SN join.. tapi kat sini tak buat perarakan katanya..
hanya mendengar ceramah dan may be ada aktiviti2 lain..
so, nanti update lagi.. nak gerak dah g perhimpunan MAULIDUR RASUL
byee

*****************************************************************************

tema Maulidur Rasul tahun ini ialah PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH...
antara kelebihan berselawat ialah:

1. melaksanakan perintah Allah
2. bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w
3. bersamaan dengan selawat para malaikat
4. mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah atas setiap selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat)
5. dikurniakan oleh Allah 10 kebaikan atas tiap-tiap satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah 10 kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah
9. mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w
10. mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban
11. Allah akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w
13. mendapat darjat al-Sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. salam sejahtera pada hari kiamat
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga
18. salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara daripada dihidapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w kepada yang berselawat
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul Nya atau daripada majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa) maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titian sirat al-Mustaqim pada hari kiamat
29. disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
30. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah
31. mendapat keberkatan daripada Allah
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w
34. mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w ke atas diri kita.
     di samping ituianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan
    Rasulullah s.a.w kepada kita
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah
39. berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.aw. dan kepada diri sendiri
40. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap  individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w di dalam jiwanya.
41. dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

so, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat kepada  Nabi Muhammad s.a.w
sebagai tanda kita menyayangi Baginda....

No comments:

Post a Comment

Komen Dari Pakar..